SK Baling Mewakili Daerah Baling / Sik ke Pertandingan Bercerita Peringkat Negeri



Tahniah diucapkan kepada para peserta Pertandingan Bercerita bagi kedua-dua kategori lelaki (Muhammad Fathi bin Zainal - 5P) dan kategori perempuan (Nurul Atiqah bt Abd Mohd Fazuri - 5P) kerana berjaya memdapat Johan dalam Pertandingan Bercerita sempena Karnival Daerah Peringkat Daerah Baling / Sik yang telah diadakan pada 13 April 2017 yang lalu. 


Kedua-dua peserta akan mewakili Daerah Baling / Sik ke Karnival Dakwah Peringkat Negeri Kedah yang akan diadakan pada tarikh yang akan dimaklumkan nanti.

Tahniah diucapkan kepada para peserta serta jurulatih Ustz Siti Aminah Wahab atas bimbingan yang diberikan. 



Tahniah juga kepada para peserta dan jurulatih yang terdiri daripada guru-guru Pendidikan Islam yang juga bertungkus lumus dalam menjayakan karnival tersebut. 

Semoga kedua-dua peserta akan mendapat kemenangan di peringkat negeri nanti. 

- Admin SK Baling Official
SK Baling Mewakili Daerah Baling / Sik ke Pertandingan Bercerita Peringkat Negeri SK Baling Mewakili Daerah Baling / Sik ke Pertandingan Bercerita Peringkat Negeri Reviewed by Unknown on 1:25:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.