Kejohanan Merentas Desa SK Baling 2016

Pada 20 Januari 2016 yang lalu, SK Baling telah menganjurkan Kejohanan Merentas Desa bagi Tahun 2016. Kejohanan ini dianjurkan bertujuan untuk memenuhi keperluan aktiviti Kokurikulum sekolah disamping untuk memilih wakil sekolah dalam Kejohanan Merentas Desa Peringkat Daerah. 

Kejohanan ini melibatkan kesemua murid Tahun 4, 5 dan 6 sebagai peserta. Kejohanan ini telah dimulakan dengan sesi taklimat dan senaman memanaskan badan di Dataran Perhimpunan pada pukul 3.00 petang. Sesi ini dikendalikan sendiri oleh Setiausaha Sukan, Cg Zulkifli Ngah.




Seterusnya, kejohanan diteruskan dengan acara pelepasan peserta yang telah disempurnakan oleh Yang Berusaha, Tn. Hj. Mohd Razali bin Hj. Mat Isa, Guru Besar, SK Baling. Para peserta dilepaskan mengikut kategori yang dipertandingkan. Setelah murid melalui kesemua checkpoint yang telah ditetapkan, kemenangan peserta dikira dengan kedudukan tempat pertama hingga tempat kedua puluh yang tiba di garisan penamat bagi setiap kategori.


Kejohanan pada petang tersebut berakhir dengan upacara penyampaian pingat kepada para pemenang. Upacara tersebut telah disempurnakan sendiri oleh Yang Berusaha, Tn. Hj. Mohd Razali bin Hj. Mat Isa, Guru Besar, SK Baling.

Pihak penganjur ingin mengucapkan tahniah kepada para pemenang. Kepada yang tidak berjaya pada tahun ini, boleh cuba lagi pada tahun akan datang. Setinggi-tinggi syabas dan tahniah juga diucapkan kepada guru-guru dan staf SK Baling yang bertungkus-lumus mengelolakan kejohanan dengan baik. Semoga sumbangan tenaga kita semua dikira sebagai amal soleh dan kebajikan. 

Akhir kata, majulah sukan untuk SKB.

p/s: Galeri gambar sekitar kejohanan akan dimuat naik kemudian. Terima kasih.
Kejohanan Merentas Desa SK Baling 2016 Kejohanan Merentas Desa SK Baling 2016 Reviewed by Unknown on 10:00:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.