Kejohanan Merentas Desa MSSD Baling / Sik 2016
Pada Sabtu, 30 Januari 2016 yang lalu, pihak sekolah telah menghantar lapan orang peserta ke Kejohanan Merentas Desa MSSD Baling / Sik. Kejohanan tersebut telah diadakan di SMK Gulau, Sik. Kesemua lapan peserta telah diiring oleh Cikgu Alias Wahid dan Cikgu Toh Yi Cai.
Sukacita dimaklumkan bahawa, tiga orang peserta SKB telah berjaya menggondol pingat di dalam Kejohanan tersebut.
Tempat Kelima : Muhammad Aiman Zainol
(akan mengikuti latihan pusat untuk pemilihan pasukan daerah ke peringkat Negeri Kedah)
Tempat Kesembilan : Muhammad Firdaus Abdul Rahman
Tempat Kesebelas : Muhammad Haris Shahril
Pihak sekolah mengucapkan tahniah dan syabas atas kejayaan mengharumkan nama sekolah
---------------------------------------------------
Galeri gambar penuh aktiviti: Klik Di Sini
Kejohanan Merentas Desa MSSD Baling / Sik 2016
Reviewed by Unknown
on
9:00:00 PG
Rating:

Tiada ulasan: