Program Motivasi Murid dan Waris 2016
Pada Sabtu, 30 Januari 2016 yang lalu, Jawatankuasa Gemilang UPSR dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling telah menganjurkan Program Motivasi Murid dan Waris Tahun 6. Program ini telah melibatkan semua murid dan waris Tahun 6.
Program bermula dengan pendaftaran pada pukul 8.30 pagi dan terus dimulakan tepat pukul 9.00 pagi. Pengisian utama program ini adalah Ceramah Motivasi yang telah disampaikan oleh penceramah jemputan, iaitu Yang Berbahagia, Ust. Mohamad Yusni bin Othman, Penyelia Pendidikan Agama Islam / Moral, PPD Kulim Bandar Baharu.
Ceramah yang disampaikan oleh penceramah jemputan yang lebih mesra dengan panggilan Abi Tuah cukup menyentuh perasaan dan memberi suatu suntikan motivasi kepada para pendengar. Tahniah diucapkan kepada Jawatankuasa Pengelola atas penganjuran program motivasi ini. Diharapkan agar program ini dapat memberikan impak yang maksimum kepada para calon UPSR dan ibu bapa untuk berjaya di dalam UPSR.
---------------------------------------------------------------------
Untuk melihat galeri penuh program / aktiviti, klik di sini.
Program Motivasi Murid dan Waris 2016
Reviewed by Unknown
on
11:58:00 PG
Rating:

Tiada ulasan: